Penafian dan Terma & Syarat

Penafian
Semua maklumat yang dipaparkan di dalam Sistem/Aplikasi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang adalah diterbitkan untuk maklumat am dan pengetahuan sahaja. Maklumat yang dipaparkan di sini adalah tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak lagi tepat selepas tarikh muat naik.

Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Sistem/Aplikasi ini, tiada waranti, secara nyata atau tersirat diberikan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak dalam mana-mana keadaan akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi apa sahaja ganti rugi, termasuk tanpa had, ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak, tort atau dengan cara apa sekalipun selainnya.

Di samping itu, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang anda tanggung, termasuk kerosakan perisian atau perkakasan anda, yang timbul daripada penggunaan anda atau akses kepada Sistem/Aplikasi ini."
Terma & Syarat
NOTIS HAKCIPTA
Hak cipta Portal Rasmi LPNPP, sistem/apliksi Sistem Maklumat Perumahan & eRumah dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.

POLISI
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

PERLINDUNGAN DATA
Teknologi terkini temasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran permohonan yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Sistem/Aplikasi ini.

MAKLUM BALAS
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Sistem/Aplikasi ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.