Pengumuman

Pengemaskinian Permohonan Rumah Mampu Milik

Semua permohonan Rumah Mampu Milik bermula 2018 dan sebelum diminta untuk membuat pengemaskinian permohonan melalui penghantaran borang di kaunter, portal rasmi LPNPP atau aplikasi mudah alih eRumah@LPNPP bagi memastikan permohonan anda berstatus aktif. Tempoh pengemaskinian adalah 1 September 2022 - 31 Disember 2022. Cara-cara pengememaskinian permohonan Rumah Mampu Milik boleh dibuat dengan kaedah-kaedah berikut:

Cara Pengemaskinian Permohonan Rumah Mampu Milik Secara Online:

  1. Pengemaskinian melalui portal rasmi LPNPP atau aplikasi mudah alih eRumah@LPNPP
  2. Borang kemaskini perlu dimuat turun dan disahkan beserta dokumen-dokumen sokongan perlu dihantar secara serahan tangan atau pos kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Tingkat 20 KOMTAR

Cara Pengemaskinian Permohonan Rumah Mampu Milik Secara Manual:

  1. Pemohon perlu mengisi semula Borang PN1
  2. Perlu kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
    1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
    2. Salinan Penyata Gaji pemohon dan pasangan (Akuan sumpah jika tidak bekerja atau bekerja sendiri pemohon dan pasangan)
    3. Salinan Pendaftaran SSM (sekiranya berniaga sendiri)
    4. Salinan KWSP pemohon dan pasangan
    5. Salinan CCRIS pemohon dan pasangan
    6. Salinan Semakan Daftar Pemilih (SPR) pemohon
    7. Salinan Sijil Perkahwinan

                                                                                                                                                                                                         

Tarikh Kemaskini : 01 Ogos 2022