This image for Image Layouts addon

LATAR BELAKANG

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dahulunya dikenali sebagai Bahagian Perumahan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). Penubuhan LPNPP sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan adalah selaras dengan keputusan daripada mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 11 April 2018 dan disampaikan melalui surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam rujukan bilangan JPA.BPO(R)193/3/7-3 s.k. 6 (17) bth. 24 Mei 2018.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 24 Tahun 2020 pada 8 Julai 2020 telah meluluskan cadangan penubuhan LPNPP mulai 1 Januari 2021. Seterusnya, Enakmen Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang 2010 mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2020 melalui pewartaan Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang No. 580 Jil. 64 No. 16 bertarikh pada 30 Julai 2020.

Selain daripada itu, LPNPP bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri untuk fungsi baharu bagi memacu pembangunan serta melestarikan pemajuan perumahan, khususnya pembangunan Rumah Mampu Milik dan pembangunan semula bandar di seluruh negeri Pulau Pinang.
 
LPNPP berperanan sebagai Champion Officer bagi Inisiatif Strategik A1 Penang2030 iaitu menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan.

Di bawah Seksyen 49 dan 50 Enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 [Enakmen 13], LPNPP menguruskan sejumlah 28 skim perumahan awam melibatkan 12,696 unit termasuk unit kediaman dan unit kedai melibatkan 484 unit jual beli, 2,528 unit sewa beli dan 9,495 unit sewa. Kesemua aset ini merupakan aset Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didaftarkan di bawah pemilikan State Secretary Incorporated (SSI). Pengurusan perumahan awam dalam konteks ini termasuklah urusan penawaran, perjanjian, pembaikan, penyelenggaraan, kutipan sewa dan bayaran penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan serta pindahmilik.
Ketahui Lanjut

Tarikh Kemaskini: 24 Januari 2024