Syarat Permohonan

01

Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
  2. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
  3. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
  4. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
  5. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
    • Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
    • Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
    • Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
  6. Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
    • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
    • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
  7. Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
    • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
  8. Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
    • Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
  9. 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
  10. 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
  11. Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
02

Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA

03

Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan.

  1. Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
  2. Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
  3. Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  4. Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
  5. Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
  6. Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
  7. Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
  8. Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
04

Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.

05

Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.

* Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa.