Soalan Lazim
• Sebarang aduan/ pertanyaan/ cadangan/ penghargaan kepada LPNPP boleh dibuat dengan mengakses terus melalui portal ini di menu ePerkhidmatan, submenu Aduan atau ePintas. Aduan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
• Warganegara Malaysia
• Pengundi Pulau Pinang
• Bermaustatin di Pulau Pinang melebihi 5 tahun dari tahun permohonan
• Bekerja di Pulau Pinang melebihi 5 tahun dari tahun permohonan
• RMKu A - pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00
• RMKu B - pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500.00
• RMKu C1 - pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.00
• RMKu C2 - pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.00
• RMKu C3 - pendapatan isi rumah tidak melebihi RM12,000.00
• Untuk RMKu A & B pemohon & pasangan mestilah tidak pernah memiliki hartanah di mana-mana negeri di dalam Malaysia atau luar Negara
• Untuk RMKu C pemohon & pasangan memiliki hanya satu hartanah dan harga belian hartanah tersebut mestilah kurang dari harga RMKu C yang dipohon
• Skim Perumahan Rumah MutiaraKu (RMKu) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyediakan rumah kepada penduduk negeri Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan masih belum memiliki rumah. Skim perumahan ini adalah selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP) yang diwartakan pada 28 Jun 2007 iaitu melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah (RMKu A) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (RMKu B). Berkuatkuasa mulai 26 Ogos 2014, Kerajaan Negeri meluluskan Garis Panduan Penyediaan Skim Perumahan 100% Rumah MutiaraKu di mana kategori baru skim perumahan iaitu RMKu C diwujudkan.
• Cadangan pelaksanaan 14 projek pembangunan di bawah Pelan Induk Perancangan Pembangunan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) 2021 hingga 2025 yang dikenali sebagai Rumah MutiaraKu Pulau Pinang (RMKuPg).
• Urban Regeneration City dikenali sebagai Projek Rintis Pembaharuan Semula Bandar (URC)
• Daripada jumlah berkenaan, sembilan (9) projek melibatkan pembangunan RMKu dan baki lima (5) projek melibatkan pembangunan URC yang dapat membekalkan sebanyak 32,992 unit kediaman mampu milik iaitu 3,432 unit RMKu A, 9,043 RMKu B dan 20,517 unit RMKu C dalam rangka kerja pelan lima tahun
• Rumah Sewa Kerajaan Negeri adalah satu program kerajaan kepada yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). RSKN terdiri daripada 2 jenis program iaitu Rumah Sewa Kerajaan (RSK) dan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat). Kadar sewa unit Skim Disewa adalah serendah RM100.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan.
• Rumah Sewa Beli adalah satu skim sewaan bertempoh dari 15 hingga 20 tahun yang akan dipindah milik kepada penghuni setelah selesai bayaran.
• Senarai Unit Sewa Beli adalah seperti berikut:
i. Projek Idaman Prestij K-PARK Balik Pulau, Daerah Barat Daya
ii. Rumah Pangsa Desa Wawasan Blok B Daerah Seberang Perai Tengah
iii. Taman Sungai Duri Permai (Townhouse) daerah Seberang Perai Selatan
iv. Taman Seruling Emas daerah Seberang Perai Selatan
v. Taman Sejahtera Rakyat, Kg Kepala Gajah, Daerah Seberang Perai Selatan
vi. PPR Mak Mandin, Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara
• Permohonan Rumah MutiaraKu boleh dilaksanakan melalui pendaftaran secara atas talian di laman web Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang di www.lpnpp.gov.my.
• Setiap Dasar / Garis Panduan LPNPP boleh disemak secara atas talian melalui portal ini di menu Info LPNPP submenu Dasar/Garis Panduan .
• Senarai projek Rumah MutiaraKu (RMKu) boleh disemak secara atas talian melalui portal ini di menu Rumah MutiaraKu submenu Projek RMKu A atau Projek RMKu B atau Projek RMKu C .
• Senarai projek RSKN/PPR boleh disemak secara atas talian melalui portal ini di menu Unit Sewa submenu Projek RSKN/PPR .
• Senarai projek Rumah Sewa Beli boleh disemak secara atas talian melalui portal ini di menu Sewa Beli submenu Projek Sewa Beli .
• Semua permohonan RMKu, RSKN dan Rumah Sewa Beli boleh dibuat secara atas talian melalui portal ini di menu ePerkhidmatan atau melalui Borang PN1 bagi RMKu dan Rumah Sewa Beli manakala Borang PN3 bagi RSKN/PPR. Dokumen sokongan perlu dihantar ke pentadbiran ini melalui serahan tangan atau secara pos dan melalui aplikasi mudah alih eRumah@LPNPP.
• Semakan permohonan RMKu, RSKN dan Rumah Sewa Beli boleh dibuat secara atas talian melalui portal ini di menu ePerkhidmatan dan aplikasi mudah alih eRumah@LPNPP.
• Semua permohonan pengemaskinian maklumat bagi pemohon RMKu, RSKN dan Rumah Sewa Beli boleh dibuat secara atas talian melalui portal ini di www.lpnpp.gov.my.
• Bagi pemohon yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara layak memohon perumahan jenis RMKu A, RMKu B, RMKu C1, RMKuC2, dan RMKu C3. Tidak layak bagi Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN) dan Program Perumahan Rakyat (PPR).
• Pihak LPNPP melaksanakan penawaran kepada pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk urusan berkaitan syarat – syarat yang ditetapkan oleh Institusi perbankan tujuan pinjaman perumahan adalah diluar bidang kuasa LPNPP.
• Pemohon dibolehkan untuk memiliki rumah kedua dengan Kerajaan Negeri dengan syarat yang ditetapkan seperti pemohon harus membeli dengan nilai yang lebih tinggi dari rumah atau hartanah yang pertama.
i. Contoh: Rumah MutiaraKu A 650kps pada harga RM42,000.00 dibeli pada tahun 2019. Sudah dijual pada pembeli xxxx pada 2020 dan ingin memohon rumah kedua pemohon layak membeli seunit RMKu C1 bernilai RM 150,000.00.
• Pemohon dikehendaki mengemukakan salinan ccris oleh kerana pihak LPNPP akan menyemak melalui salinan CCRIS/CTOS pemohon untuk membuat pengesahan rekod berkenaan pembelian rumah atau hartanah.
• Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
• Salinan penyata kredit CCRIS pemohon & pasangan
• Salinan penyata kwsp pemohon & pasangan:
i. Termasuk kakitangan kerajaan bertaraf pencen
ii. Jika tidak pernah mencarum sila dapatkan surat pengesahan tidak mencarum dari KWSP
• Salinan semakan daftar undi
• Salinan sijil kahwin (jika sudah berkahwin)
• Salinan sijil cerai/kematian (jika telah bercerai atau pasangan telah meninggal dunia)
• Salinan sijil lahir
• Nota:
i. Jika Pemohon Status Bujang/Ibu/Bapa Tunggal, Hanya Kemukakan dokumen pemohon sahaja dan penyata Kredit CCRIS dari Bank Negara atau CTOS yang berbayar.
• Pemohon atau pelajar yang berumur 21 tahun dan keatas pada tarikh permohonan adalah layak untuk memohon dan dokumen yang diperlukan adalah:
i. Surat akuan sumpah pendapatan
ii. Surat tawaran belajar (Untuk pengesahaan tempoh belajar)
• Pemohon yang berumur 21 tahun pada tarikh permohonan adalah layak untuk memohon.
• Surat akuan sumpah pendapatan
• Surat tawaran belajar (untuk pengesahan tempoh belajar)
• Surat akuan sumpah pendapatan
• Penyata pencen
• Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang (TPM80PP) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2013 untuk membantu pembiayaan JMB/MC bagi kerja-kerja penyelenggaraan di skim perumahan swasta berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah.
• Kerja-kerja penyelenggaraan adalah di kawasan harta guna bersama seperti berikut:
i. Pembaikan dan naiktaraf Lif
ii. Pembaikan dan naiktaraf tangka air
iii. Pembaikan dan naiktaraf bumbung
iv. Pembaikan dan naiktraf perpaipan
v. Pembaikan dan naiktaraf sistem pendawaian elektrik
vi. Bina dan selenggara tembok
vii. Mengecat semula bangunan
viii. Menurap semula jalan
• Perumahan berstrata swasta yang layak melibatkan rumah bernilai RM150,000.00 ke bawah seperti di dalam perjanjian jual beli (S&P) adalah layak memohon TPM80PP. Permohonan ini adalah terbuka sepanjang tahun terhad kepada satu (1) permohonan yang sedang aktif dalam satu masa.
• Jumlah kos penyelenggaraan adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri maksima sehingga 80% dan baki kos ditanggung oleh JMB/MC mengikut skop kerja dan harga belian rumah.
• Peratusan pembiayaan mengikut skop kerja adalah seperti berikut:
i. Semua kecuali cat dan turap jalan dengan harga asal belian unit Rumah RM100,000.00 ke bawah adalah 80% dibiayai oleh kerajaan dan 20% oleh JMB/MC
ii. Semua kecuali turap jalan dengan harga asal belian unit rumah RM100,000.00 sehingga RM150,000.00 adalah 60% dibiayai oleh kerajaan dan 40% oleh JMB/MC
iii. Mengecat dengan harga asal belian unit rumah RM150,000.00 ke bawah adalah 20% dibiayai oleh kerajaan dan 80% oleh JMB/MC
iv. Penurapan jalan dengan harga asal belian unit rumah RM150,000.00 ke bawah adalah 20% dibiayai oleh kerajaan dan 80% oleh JMB/MC
v. Tembok batu/Pagar dengan harga asal belian unit rumah RM150,000.00 ke bawah adalah 40% dibiayai oleh kerajaan dan 60% oleh JMB/MC
• Pengerusi atau Setiausaha JMB/MC sahaja yang layak untuk membuat permohonan bagi setiap skim perumahan.
• Mulai 1 April 2024, permohonan TPM80PP adalah dilakukan secara atas talian melalui Sistem TPM80PP di portal ini di menu ePerkhidmatan submenu Permohonan TPM80PP. Pengerusi atau Setiausaha perlu mendaftar di dalam sistem sebelum melakukan permohonan. Tatacara permohonan boleh dilihat di (link video).
a) Pendaftaran Pengerusi atau Setiausaha
i. Surat pengesahan pelantikan sebagai Pengerusi atau Setiausaha
ii. Sijil JMB/MC
b) Permohonan TPM80PP
i. Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) *yang menunjukkan harga belian
ii. Penyata Akaun JMB/MC (3 bulan terkini)
iii. Sijil JMB/MC
iv. Dokumen Perjanjian JMB/MC bersama syarikat lif (syarikat penyelenggara semasa) *bagi kerja-kerja penyelenggaraan lif
v. Gambar Kerosakan
• Sebarang pertanyaan, boleh menguhubungi:
Unit Teknikal Swasta
No. Telefon: 04-229 0014 (3 - Bahagian Teknikal)
Emel: teknikalswasta@lpnpp.gov.my
• Iklan perolehan seperti Tender/ Sebutharga/ Tender RFP boleh didapati secara atas talian melalui portal ini di menu ePerkhidmatan submenu Pembelian dokumen Tender/Sebutharga .
• Senarai pembelian dokumen Tender/ Sebutharga/ Tender RFP boleh didapati secara atas talian melalui portal ini di menu ePerkhidmatan submenu Pembelian dokumen Tender/Sebutharga .
• Keputusan Tender/Sebutharga/RFP boleh didapati secara atas talian melalui portal ini di menu ePerkhidmatan submenu Keputusan Tender/Sebutharga .
• Mulai 7 mac 2023, pembayaran secara atas talian memerlukan pengguna untuk log masuk ke akaun SMP masing-masing. Klik sini bagi mendapatkan panduan untuk pembayaran secara atas talian.
• Sekiranya akaun tuan/puan disekat kerana terlupa atau tidak ada kata laluan, sila emailkan Nama dan No. Kad Pengenalan ke alamat admin@lpnpp.gov.my segera.
• Self-Service Terminal (SST)
• Kredit kad / Debit Kad
• Permindahan Wang FPX
• Pembayaran QR kod
• Mempercepatkan Masa Pembayaran
• Memudahkan Urusan Pembayaran
• Transaksi Bayaran diterima secara Real Time
Tarikh Kemaskini: 25 Mac 2024